My Add

Tuesday 26 June 2012

UPP Perlis rampas wang palsu RM17,200

*ZAKARIA Abd. Rahman (kanan) menunjukkan sebahagian wang kertas palsu RM100 berjumlah RM17,200 yang berjaya dirampas di Kuala Perlis, Kangar, Perlis, semalam. - UTUSAN/Faizal Abu Hassan

KANGAR, ISNIN, 25 Jun, 2012: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) negeri mematahkan cubaan menyeludup wang kertas RM100 palsu berjumlah RM17,200 ke negara jiran di pesisiran pantai Kampung Pulau Ketam, Batu Putih, Kuala Perlis dekat sini awal pagi ini.

Komander UPP Perlis, Deputi Supritendan Zakaria Abd. Rahman berkata, ia merupakan cubaan menyeludup wang palsu paling tinggi nilainya setakat ini yang berjaya ditumpaskan pasukan UPP.

Beliau berkata, kesemua wang itu ditemui di dalam sebuah beg sandang hitam yang dipercayai telah ditinggalkan oleh seorang lelaki.

Katanya, suspek dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran sepasukan anggota UPP yang diketuai oleh Komander UPP Kuala Perlis, Inspektor Azizan Saman yang melakukan rondaan di kawasan tersebut kira-kira pukul 3.40 pagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment