My Add

Tuesday 26 June 2012

Bomoh bunuh anak lelaki

Oleh RAFIDAH YA'AKOB
BELURAN, ISNIN, 25 Jun, 2012: Seperti hilang ingatan, seorang bomoh sanggup membunuh anak lelakinya yang disangka telah bertukar menjadi seekor haiwan dengan mencucuk kedua-dua mata mangsa di rumah mereka di Ladang Metro, Telupid dekat sini malam tadi.

Berikutan insiden pukul 8 malam itu, mangsa, Nasrul Ali, 24, yang mengalami masalah mental cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan R. Sivanathan berkata, siasatan mendapati suspek berusia 44 tahun mendakwa telah melihat wajah anaknya itu bertukar menyerupai seekor haiwan.

"Suspek lalu mengheret mangsa yang berada di luar ke dalam rumah lalu mencucuk kedua-dua mata dan memukul muka anaknya dengan batang penyapu.

"Setelah mangsa meninggal dunia, suspek memandikan mangsa dengan lapan biji air kelapa muda," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment