My Add

Monday 25 June 2012

Wanita dipercayai ”bookie” Euro 2012 ditahan

PORT DICKSON, ISNIN, 25 Jun, 2012: Polis menahan seorang wanita dipercayai ”bookie” perlawanan bola sepak Euro 2012 ketika sedang melakukan urusan perjudian haram di rumahnya di Bukit Pelandok, dekat sini, malam tadi.

Jurucakap polis berkata, ketika ditahan pada kira-kira pukul 10.15 malam, wanita berumur 29 tahun itu dikatakan sedang asyik menerima tempahan membabitkan perlawanan England menentang Itali yang berlangsung awal pagi ini.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM13,000, satu unit komputer riba, satu unit jalur lebar, dua telefon bimbit, kertas putih mengandungi catatan pertaruhan dan alat tulis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Abd Wahab Harun ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan. – BERNAMA



No comments:

Post a Comment