My Add

Tuesday 26 June 2012

R1Ma: Pemandu teksi masih boleh daftar

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Jun, 2012: Pemandu teksi yang belum mendaftar untuk mendapatkan bantuan baucar di bawah inisiatif program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) boleh berbuat demikian melalui laman web www.spad.gov.my/tr1ma atau ke pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Putrajaya.

SPAD dalam satu penjelasan menerusi laman webnya memberitahu, selain mendapatkan maklumat mengenai inisiatif berkenaan, setiap pemandu teksi juga perlu mendaftar dan memperoleh perakuan kad pemandu.

Bagi pemandu teksi yang tinggal di negeri-negeri sebelah utara dan selatan, mereka boleh pergi ke pejabat SPAD wilayah bagi mendapatkan baucar tersebut.

"Bagi yang telah tamat tempoh kad pemandunya, mereka juga boleh memperbaharui kad berkenaan di pejabat-pejabat SPAD berhampiran," jelas kenyataan itu hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment