My Add

Thursday 29 November 2012

29,792 ahli Puteri UMNO bakal bertukar status

KUALA LUMPUR, RABU, 28 November, 2012; Kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO perlu mengambil perhatian berhubung 29,792 ahli pergerakan itu yang akan bertukar status kepada Wanita ekoran peningkatan usia mulai 1 Januari depan.

Penolong Setiausaha Puteri UMNO, Nor Azita Abd. Rahman berkata, gerak kerja penambahan ahli perlu dipergiatkan dan dilaksanakan secara berterusan.

Menurut beliau, pada masa kini keahlian Puteri UMNO seluruh negara mencapai 395,674 orang dengan Sabah mencatatkan jumlah keahlian tertinggi diikuti oleh Selangor dan Johor.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan sempena Perhimpunan Agung Puteri UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment