My Add

Thursday 29 November 2012

Puteri UMNO cadang tujuh strategi

 *ROSNAH Abdul Rashid Shirlin begitu bersemangat ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Perhimpunan Pergerakan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, RABU, 28 November, 2012: Pergerakan Puteri UMNO mencadangkan tujuh pelan tindakan bagi mendekati golongan atas pagar yang majoritinya orang muda secara konstruktif supaya mereka tidak tercicir daripada arus perjuangan parti.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, antara pelan tindakan tersebut ialah penubuhan Sekretariat Inspirasi, Dedikasi, Ekspresi dan Aspirasi (IDEA) yang dianggotai golongan wanita muda daripada pelbagai latar belakang untuk bergerak sebagai sebuah badan bebas yang akan melaksanakan aktiviti lebih segar dan unik dengan golongan muda sebagai sasaran mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment