My Add

Thursday 29 November 2012

Pas perlu kembali kepada perjuangan asal

KUALA LUMPUR, RABU, 28 NovEMBER, 2012: Pas perlu kembali kepada perjuangan asal untuk memartabatkan Islam dan meninggalkan DAP sekiranya ingin terus mendapat sokongan masyarakat Melayu.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Pas dan DAP mempunyai landasan perjuangan yang berbeza menyebabkan kedua-dua pihak sukar untuk mencapai persefahaman.

Menurutnya, DAP terkenal memperjuangkan sosialis yang merupakan perkara bertentangan dengan Pas yang ingin membentuk sebuah negara Islam.

"Hanya kerana ingin mencapai cita-cita menjadi pemerintah negara, Pas sanggup mengorbankan pegangan mereka bagi memberi laluan kepada DAP dan akibatnya mereka kehilangan sokongan besar masyarakat Melayu.

"Pakatan antara kedua-dua parti itu yang dilihat sekarang lebih memberikan keuntungan kepada DAP sehingga menyebabkan Pas terpaksa mengorbankan pendirian sendiri dan akhirnya melumpuhkan perjuangan sejak 1951," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment