Rosnah mohon Puteri UMNO hadiahkan perpaduan
KUALA LUMPUR, RABU, 28 November, 2012: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memohon anggota pergerakan itu menghadiahkan tempoh setahun terakhirnya selaku ketua pergerakan itu dengan kesepaduan ahli yang benar-benar luar biasa.
Dalam tangisan air mata beliau berkata, untuk itu, anggota pergerakan tersebut diseru supaya terus membantu dan bukannya mencemburui kepimpinan baharu selepas ini.
"Hari ini, mungkin ada antara perwakilan akan sama seperti saya meninggalkan Puteri (UMNO) dalam perhimpunan akan datang. Ingatlah, seandainya kita pergi tinggalkan Puteri sekalipun, segala idea, kudrat dan kasih sayang yang kita curahkan selama ini akan tetap tinggal di sini bersama ahli Puteri yang lain,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment