My Add

Thursday 29 November 2012

MCA gesa Pas jangan berbohong

KUALA LUMPUR, RABU, 28 November, 2012: MCA menggesa Pas supaya tidak terus berbohong dalam isu pelaksanaan undang-undang Islam atau hukum hudud terhadap orang bukan Islam di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka.

Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew berkata, Pas perlu memberi penjelasan mengenai undang-undang kepada orang bukan Islam bagi mengelakkan kekeliruan pada masa hadapan.

"Alasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu mengenai undang-undang Islam di Kelantan tidak akan memberi kesan kepada orang bukan Islam adalah satu pembohongan.

"Pas telah memerintah Kelantan sejak 21 tahun lalu, mereka seharusnya telah menjelaskan perkara tersebut kepada rakyatnya supaya tidak terkeliru seperti isu salon yang melarang wanita menggunting rambut pelanggan lelaki," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment