My Add

Thursday, 29 November 2012

Intipati ucapan dasar Ketua Puteri UMNO

KUALA LUMPUR, RABU, 28 November, 2012: Berikut antara intipati ucapan dasar Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin sempena perhimpunan sayap parti itu, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

1. Perjuangan adalah fitrah manusia dan bukan hanya milik orang politik semata-mata. Perjuangan juga bukan semata-mata untuk duniawi tetapi juga untuk akhirat.

Perjuangan ialah tanggungjawab setiap manusia sebagai khalifah di muka bumi.

2. Dengan keahlian hampir 400,000 orang, Puteri UMNO mempunyai kekuatan untuk menggerakkan jentera parti dan menjadi petanda bahawa pergerakan itu kekal relevan sebagai medium perjuangan wanita muda.

3. UMNO tidak ditubuhkan hasil perjuangan peribadi atau hasa dengki. UMNO juga bukan tertuduh sebagai parti yang memendam dendam yang merosakkan rakyat dan meruntuhkan kepercayaan mereka.

4. Bagi menghadapi cabaran budaya fitnah, Puteri UMNO berpegang kepada tiga pendekatan iaitu ilmu, bijaksana dan sabar. Pendekatan ini beradaptasi mengikut situasi. Puteri juga sedia berada di barisan hadapan untuk menangkis tohmahan dan fitnah pembangkang.

5. Kesetiaan adalah asas utama perjuangan tetapi kesetiaan itu bukan pula bersifat sembrono tetapi bertunjang ilmu dan agama. Kesetiaan juga perlu disatukan dengan kekuatan yang padu serta kepimpinan yang berdisiplin.

6. Puteri perlu bertindak sebagai pemberi maklumat berhubung segala usaha dan kejayaan program yang dilaksanakan kerajaan kepada rakyat.

7. Pengalamana PRU-12 menjadi bukti bahawa leka dan selesa dengan kedudukan akan membuatkan kita hancur dan hilang sekelip mata. Justeru, kita harus kembali kepada asas perjuangan.

8. Puteri harus bangun sebagai pahlawan. Peperangan kali ini bukan soal siapa kuat dan siapa hebat. Kekalahan pilihan raya bukan sekadar kalahnya parti tetapi ia akan menjadi sebab matinya perjuangan dan menamatkan usaha jerih kita membela rakyat selama ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment