My Add

Thursday 29 November 2012

Saya tabik perjuangan akhbar Utusan Malaysia - Shahrizat Jalil

KUALA LUMPUR, RABU, 28 November, 2012: Pergerakan Wanita UMNO hari ini menzahirkan rasa hormat dan tabik kepada akhbar Utusan Malaysia dan kakitangannya atas perjuangan berterusan menegakkan agama, bangsa dan negara walaupun 'dihentam' segelintir pihak khususnya pakatan pembangkang.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, walaupun disaman dengan jumlah yang besar iaitu sehingga mencecah hampir RM1 bilion, namun akhbar itu tetap tidak gentar dengan perjuangan itu.

"Akhbar Utusan memang 'kena' habis-habisan. Kenapa begitu? Pihak pembangkang, walaupun orang lain buat dia tak saman, tapi dia 'tubi' kepada Utusan.

"Tapi kakitangan Utusan tetap steady kerana mereka ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Kepada kakitangan Utusan, jangan takut dan berjuanglah habis-habisan. Percayalah, pada akhirnya Tuhan akan bersama Utusan," katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO di sini hari ini....

No comments:

Post a Comment