My Add

Saturday 19 January 2013

100 tebusan asing diselamatkan, 30 masih hilang

ALGIERS, SABTU, 19 Januari, 2013: Pasukan khas tentera Algeria berjaya membebaskan kira-kira 100 tebusan warga asing dari anggota bersenjata Islam di loji gas di sempadan Libya namun 30 lagi masih dilaporkan hilang.

“Kira-kira 100 warga asing daripada 132 tebusan oleh kumpulan pengganas yang menyerang loji gas Tiguentourine sejak Rabu lalu sudah dibebaskan,lapor agensi berita APS memetik seorang pegawai keselamatan.

Terdahulu, agensi berita Algeria melaporkan lebih separuh daripada tebusan rakyat asing sudah dibebaskan menerusi operasi menyelamat itu.

12 tebusan, 18 penculik terbunuh

ALGIERS: Dua belas tebusan dan 18 penculik dilaporkan terbunuh sejak tentera Algeria melancarkan serbuan ke atas kumpulan bersenjata Islam yang merampas kompleks gas di sempadan Libya, Rabu lalu.

“Seramai 18 pengganas turut terbunuh selain 12 rakyat Algeria dan pekerja asing," lapor agensi berita APS tanpa memberikan butiran mengenai rakyat asing terbabit.

Lewat semalam, Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius berkata, seorang rakyat negara itu terbunuh dalam serangan tentera Algeria ke atas logi berkenaan.

Penculik dilaporkan masih menahan tujuh warga asing sebagai tebusan di loji berkenaan.

Agensi berita Mauritani, ANI melaporkan tebusan yang masih tinggal termasuk tiga rakyat Belgium, masing-masing seorang warga Jepun dan Britain.

Namun, awal pagi ini, kerajaan Belgium berkata, tiada seorang pun warganya menjadi tebusan di Algeris.

Sementara itu, sumber keselamatan Algeria berkata, kira-kira 10 tebusan masih ditahan di loji gas berkenaan. - AFP

No comments:

Post a Comment