My Add

Saturday 19 January 2013

Data eksport akan pengaruh harga sawit minggu depan

KUALA LUMPUR, SABTU, 19 Januari, 2013: Harga niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif minggu depan dijangka dipengaruhi oleh data eksport yang akan dikeluarkan oleh juruukur kargo, kata peniaga.

Juruukur kargo, Societe General de Surveillance (SGS) dan Intertek Testing Services (ITS), dijadual mengumumkan anggaran eksport untuk 20 hari pertama bulan Januari, yang akan menyediakan rangsangan baharu kepada pasaran.

Seorang peniaga memberitahu Bernama yang harga-harga niaga hadapan MSM diramalkan diniaga dalam julat antara RM2,350 dan RM2,450 setan minggu depan.

Seorang lagi peniaga berkata cukai sifar ke atas MSM yang dilanjutkan ke bulan Februari seperti yang diumumkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok pada hari Isnin, akan membantu menarik lebih ramai pembeli minggu depan.

Mengenai kebimbangan terhadap inventori yang tinggi, pelaksanaan 10 peratus campuran biodiesel sawit (program B10) seluruh negara oleh kerajaan akan mengurangkan stok sawit yang tinggi pada masa ini, kata Dompok.

Untuk minggu baru berakhir, harga-harga MSM diniagakan tinggi pada kebanyakan hari urus niaga, dipengaruhi oleh pengumuman menteri berhubung industri tempatan serta pergerakan harga minyak kacang soya.

Bagi perbandingan mingguan, Februari 2013 meningkat RM25 kepada RM2,358 setan, Mac naik RM15 kepada RM2,383 setan dan April menambah RM4 kepada RM2,400 setan. 

Januari 2013 ditutup pada RM2,330 setan pada Selasa sementara bulan kontrak baharu Jun 2013 dimulakan pada RM2,419.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 203,175 lot daripada 233,651 lot minggu lalu sementara kepentingan terbuka pada Jumaat meningkat kepada 217,050 kontrak berbanding 213,783 kontrak minggu lalu.

Di pasaran fizikal, Selatan Februari ialah pada RM2,280 setan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment