My Add

Tuesday 15 January 2013

1,000 hari pertama kehidupan penting

*LIOW Tiong Lai mengangkat Putri Damia Batrisya Mohd. Rizai, sembilan bulan sambil diperhatikan ibunya, Rapidah Aziz (dua, kanan) dan Kamarul Zaman Md. Isa (kiri), Dr. Noor Laila Sehat (dua, kiri) dan Dr. Noor Hisham Abdullah (tiga, kiri) selepas pelancaran '1,000 Hari Pertama Kehidupan Ke Arah Generasi Sihat' di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Januari, 2013: Penjagaan kesihatan secara serius oleh ibu hamil dapat mencegah penyakit tidak berjangkit dalam kalangan kanak-kanak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, golongan ibu perlu memberi perhatian terhadap bayi dalam kandungan sejak awal kehamilan sehingga mencapai usia dua tahun.

Sejajar dengan itu, katanya, kementerian mewujudkan kempen '1,000 Hari Pertama Kehidupan Ke Arah Generasi Sihat' kerana dalam tempoh tersebut, simptom penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, kanser, obesiti dan penyakit jantung mudah berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment