My Add

Wednesday 16 January 2013

14 maut pangsapuri runtuh di Mesir

KAHERAH, RABU, 16 Januari, 2013:: Seramai 14 orang terkorban apabila pangsapuri lapan tingkat di bandar pelabuhan Iskandariah runtuh, kata polis hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Abdel-Aziz Tawfeeq berkata, pasukan penyelamat masih meneruskan misi mencari di bawah timbunan runtuhan.

Selain itu, lapan lagi mengalami kecederaan.

Setakat ini, belum dapat dipastikan punca kejadian tetapi kerosakan bangunan dipercayai menjadi punca kejadian seperti itu sebelum ini. - AP

No comments:

Post a Comment