My Add

Tuesday, 1 January 2013

2013 disambut penuh meriah

 *YUSNI, 50 (kanan) dan Halimah, 38, mengutip tin aluminium kosong untuk menambah pendapatan sampingan ketika selesai sambutan tahun baru 2013 di Dataran Merdeka malam tadi. Tin aluminium boleh dijual di pasaran barang lusuh sekitar RM5 sekilo untuk dikitar semula. - Foto Bernam
 *PERCIKAN bunga api menghiasi ruang udara bandar raya Kuala Lumpur bila tiba detik
12 tengah malam sempena sambutan tahun baru 2013. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR SELASA, 01 Janari, 2013: Pertunjukan bunga api menerangi ruang angkasa Dataran Merdeka sempena sambutan Tahun Baru 2013.

Ia dianjurkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang menyaksikan rakyat pelbagai kaum membanjirinya sejak 6 petang semalam, termasuk pelancong asing.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Maznah Rais serta menteri-menteri kabinet turut hadir memeriahkan sambutan bersama lebih 1,300 rakyat pelbagai kaum.

Pengunjung bersorak gembira apabila jam di Bangunan Sultan Abdul Samad berdetik sebanyak 12 kali bagi menandakan permulaan tahun baru.

Situasi yang sama turut dilihat di beberapa tempat lain di sekitar ibu negara seperti di Menara Berkembar Petronas, Bukit Bintang serta pusat pentadbiran Putrajaya.

Perayaan turut disambut di negeri lain. - BH

No comments:

Post a Comment