Gelombang keganasan terbaru di Iraq ragut 23 nyawa
BAGHDAD, SELASA, 01 Januari, 2013: Gelombang ledakan bom dan tembakan di seluruh Iraq meragut 23 nyawa hari ini, ketika negara itu bergelut dengan perhimpunan anti-kerajaan dan menjelang upacara memperingati pemimpin utama Syiah.
Bagaimanapun tiada kumpulan yang mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan di bandar-bandar besar, yang menyebabkan 83 orang cedera.
Keganasan tercetus selepas penunjuk perasaan anti-kerajaan menghalang lebuh raya utama ke Syria dan Jordan, di tengah-tengah ketegangan politik antara Perdana Menteri Syiah, Nuri al-Maliki dan pemimpin parti sekular Sunni. - AFP
No comments:
Post a Comment