My Add

Sunday 13 January 2013

4 bank setuju biaya RMR1M

 Oleh Shamsul Kamal Amarudin 

Pembeli boleh mohon pinjaman mulai tahun ini


IPOH, SABTU, 12 Januari, 2013: Berkuat kuasa tahun ini, semua pembeli Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) dibina Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) boleh mendapat pembiayaan institusi kewangan terpilih.

Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron, berkata empat bank sudah bersetuju menjadi ahli panel bagi pembiayaan rumah berkenaan iaitu Maybank, CIMB, Bank Islam dan Bank Rakyat.

Katanya, rumah RMR1M dibina SPNB berharga RM65,000, tetapi pembeli hanya perlu membayar RM45,000 kerana RM20,000 adalah subsidi kerajaan.

“Proses mendapatkan pembiayaan agak cerewet, tapi tidak sukar selagi pemohon mempunyai rekod pengurusan kewangan peribadi yang bersih. Pemohon hanya perlu pinjam RM45,000 dengan dua peratus faedah ditanggung kerajaan,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Rakyat Bersama SPNB di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Batu 10 Ulu Chepor, Chemor, dekat sini semalam.

 Sebelum ini, pembiayaan RMR1M ditanggung sepenuhnya SPNB, tetapi difahamkan mesyuarat SPNB beberapa hari lalu membuat keputusan menyerahkan pembiayaan kepada institusi kewangan bagi menangani banyak kes hutang tidak berbayar (NPL) yang tinggi oleh pembeli rumah RMR1M terdahulu.

Idris berkata, setakat ini pihaknya menerima 34,678 permohonan memiliki RMR1M menerusi laman web SPNB berbanding sasaran menyiapkan 21,000 rumah berkenaan dalam tempoh tiga tahun. - BH

No comments:

Post a Comment