My Add

Sunday 13 January 2013

Dipulau kerana tinggalkan Amanat Haji Hadi

PASIR PUTEH, SABTU, 12 Januari, 2013: Usahkan menikmati juadah nasi gulai daging, pandang sahaja sudah jijik apa lagi untuk menghidu aroma masakan gulai dari rumah jiran berdekatan yang menyokong UMNO pada suatu masa dahulu.

Petani dari Kampung Gaal di sini, Nik Hussin Man, 68, (gambar) perkara itu merupakan antara contoh ketaksubannya yang berpegang kuat dengan Amanat Haji Hadi sepanjang aktif sebagai ahli jawatankuasa Pas di kampung berkenaan pada suatu ketika dahulu.

Ketika itu katanya, mana-mana jiran yang menyokong UMNO dianggapnya sebagai golongan yang menentang Islam, sekali gus dicap sebagai kafir serta tidak boleh dijadikan sahabat.

"Bukan setakat jiran yang menjadi mangsa penangan Amanat Haji Hadi, bapa mentua saya sendiri yang menyokong UMNO pun saya tidak hormati. Termasuk adik-beradik saya yang tidak sefahaman dengan saya," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment