My Add

Wednesday, 2 January 2013

40 bayi  lahir di 4 hospital

*JURURAWAT Suhana Sabran bersama dua bayi perempuan yang lahir pada 1.1.13 di Hospital Pakar Johor, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU, SELASA, 01 Januari, 2013: Seramai 40 bayi dilahirkan di empat buah hospital masing-masing dua hospital kerajaan dan swasta di sini pada hari pertama sambutan tahun baharu 2013.

Hospital Sultanah Aminah (HSA) menyambut 12 bayi, manakala Hospital Sultan Ismail (HSI) pula seramai 19 bayi.

Dua hospital swasta iaitu Hospital Pakar Puteri menerima kelahiran enam bayi dan Hospital Pakar Johor pula seramai tiga bayi.

Eksekutif Perhubungan Awam Hospital Pakar Johor, Sharifah Alia Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya menyambut kelahiran bayi tahun baru seperti biasa iaitu dengan memberi hadiah dan buah tangan kepada mereka.

"Hospital ini menerima kelahiran bayi pertama pukul 5.31 pagi, bayi perempuan seberat 3.4 kilogram (kg), bayi kedua juga perempuan seberat 2.72 kg pada 9.15 pagi dan bayi ketiga lelaki seberat 4.33 kg pukul 10.10 pagi," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment