My Add

Wednesday 2 January 2013

Lebih 20,000 sambut tahun 2013 di Taman Tema Resort World Genting


*ORANG ramai berpusu-pusu hadir bagi menyaksikan konsert anjuran Genting sebelum percikan bunga api sempena Sambutan Tahun BMAN
aharu 2013 di Taman Tema Luar Genting Highlands, semalam UTUSAN/MOHD AZIM ABD RAH

GENTING HIGHLANDS, SELASA, 01 Januari, 2013: Persembahan bunga api yang memukau dan kehadiran lebih 20,000 pengunjung di Taman Tema Resort World Genting di sini memeriahkan suasana sambutan ambang tahun baharu malam semalam.

Selain persembahan bunga api yang diadakan tepat pada pukul 12 malam selama tujuh minit, pengunjung turut diberi peluang menikmati kemasukan percuma ke taman tema bermula pukul 10 malam bagi menyambut tahun baru di Genting Highlands.

Para pengunjung turut sama menghitung detik tibanya tahun baru serta melaungkan 'Selamat Tahun Baharu ' dengan penuh semangat dan sementara menanti detik-detik 12 malam pula, pengunjung berpeluang menikmati permainan pentas Freeze2, persembahan tarian K-Pop dan Beat Box yang juga diteruskan sehingga hampir pukul 1 pagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment