My Add

Thursday 10 January 2013

Akar umbi DAP mahu pemilihan semula CEC

KUALA LUMPUR, RABU, 09 Januari, 2013: Ahli akar umbi DAP menggesa Setiausaha Agung, Lim Guan Eng mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) ekoran kesilapan pengiraan undi dalam kongres parti itu baru-baru ini.

Desakan itu dibangkitkan ahli-ahli daripada lebih 10 cawangan di Selangor, antaranya Taman Ehsan, Taman Gembira, Southern Klang, Raya Barat, Taman Chi Liung Indah dan Damansara.

Dalam sidang akhbar tergempar di sini hari ini, Pengerusi DAP Taman Chi Liung Indah, K. Yogasigamany berkata, pemilihan semula itu sangat penting untuk membersihkan nama parti yang tercalar akibat kesilapan ‘teknikal’ seperti yang didakwa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment