My Add

Thursday 10 January 2013

Akhir bekalan air meleleh lesu...

LEGA! Akhirnya bekalan air mengalir lesu... Meskipun aliran air meleleh kecil-kecilan, namun makin terlerai azab sangsara yang kami alami sejak lebih seminggu lalu.

Tahniah kami ucapkan kepada SYABAS. Juga, terima kasih kami kepada kakitangan dan pekerja SYABAS yang bekerja keras tanpa mengenal penat, siang malam bagi mengatasi masalah yang berbangkit.

Seperkara yang saya tidak berapa faham adalah sikap dan tindak-tanduk pemimpin Kerajaan Negeri Selangor.

Nampak benar Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim macam kurang peka untuk menyelami kesangsaraan rakyat yang kerap berhadapan dengan masalah kekukrangan air.

Mungkin saya tak perasan, Khalid ‘kedekut’ untuk membantu SYABAS bagi memulih serta mengatasi masalah yang berbangkit.

Sepanjang krisis air tercetus, saya perhatikan Khalid kurang ambil berat, malah tidak ‘dilihat’ turun padang menemui rakyat yang dilanda kesulitan.

Mungkin Khalid bejumpa rakyat secara ‘senyap’. Kunjungannya tidak dilaporkan akhbar. Jika ada masakan penduduk di kawasan Parlimennya, Bandar Tun Razak bersuara dan meracau.

Apa yang jelas, antara sifat Khalid yang terpuji ialah gemar menyalah orang lain, mudah ‘menuding jari’ kepada pihak lain apabila satu-sat perkara yang timbul, seolah-olah dia sahaja yang betul, orang lain salah.

Terbaru, kata Khalid; Dalam siasatan kerajaan negeri pimpinannya menunjukkan dakwaan SYABAS mengenai kegagalan rumah pam di Wangsa Maju berpunca dari sistem EGAVSD (variable speed drives) tidak berasas.

Menurutnya, ini kerana sistem VSD memerlukan penyelenggaraan berkala sedangkan Syabas tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.

Sebelum ini dakwanya, SYABAS hanya memanggil pembekal untuk penyelenggaraan apabila ada masalah timbul.

Dia mengaku siasatan tersebut dijalankan oleh kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pemantauan Air Negeri Selangor dengan memanggil semua pihak terlibat dengan pembinaan rumah pam di Wangsa Maju.

Pihak terbabit termasuk jurutera perunding yang mereka bentuk rumah pam tersebut, kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membina, subkontraktor yang dipertanggungjawabkan dalam hal berkaitan Mechanical & Electrical dan pembekal utama VSD kepada pam-pam tersebut, katanya

Khalid menyebut bahawa menurut pembekal VSD tersebut, insiden ‘pump tripped’ bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ia merupakan sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran, suhu dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment