My Add

Friday 4 January 2013

Al-Jazeera bayar AS$500 juta dapatkan stesen tv AS

LOS ANGELES, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Al-Jazeera melonjakkan reputasinya sebagai stesen televisyen yang menawarkan berita dan laporan serius dengan wartawannya mula membolot banyak anugerah besar dalam kewartawanan.

Namun stesen televisyen dari rantau Arab dan milik kerajaan Qatar itu masih belum mempunyai kedudukan yang singnifikan di Amerika Syarikat (AS).

Namun, ia akan berubah sekarang apabila Al-Jazeera membelanjakan AS$500 juta untuk membeli Current TV, stesen penyiaran kabel yang diasaskan oleh bekas Naib Presiden AS, Al Gore.

Dengan pengambilalihan yang diumumkan semalam, Al-Jazeera kini mampu ditonton oleh lebih 50 juta isi rumah di AS.

Susulan pengambilalihan stesen Current TV itu, Al-Jazeera memberi jaminan untuk mengambil lebih ramai wartawan dan menggandakan jumlah pekerjannya untuk pangkalan beritanya di AS. - AP

No comments:

Post a Comment