My Add

Friday 4 January 2013

Komander Taliban terbunuh dalam serangan peluru berpandu AS di Pakistan

ISLAMABAD, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Serangan dua peluru berpandu menerusi pesawat tanpa pemandu milik Amerika Syarikat (AS) mengakibatkan komander berpangkat tinggi Taliban, Maulvi Nazir, terbunuh apabila ia meletup di sebuah kediaman di kampung Selatan Waziristan.

Pihak berkuasa Pakistan berkata, serangan yang turut meragut nyawa lapan yang lain itu dilancarkan ketika Nazir sedang mengadakan pertemuan dengan penyokongnya serta komander Taliban yang lain.

Kematian Nazir menerusi serangan pesawat peluru berpandu tanpa pemandu itu dilihat Washington sebagai langkah yang perlu diambil susulan pembabitannya menerusi penghantaran dana serta pejuang ke Afghanistan bagi menentang kehadiran AS di negara itu.

Bagaimanapun, angkatan tentera Pakistan tidak menyifatkan Nazir sebagai ancaman kepada negara itu susulan tindakannya tidak menjadikan rakyat Pakistan sebagai sasaran serangan Taliban, sebaliknya lebih tertumpu kepada angkatan tentera AS di Afghanistan. - AP

No comments:

Post a Comment