My Add

Saturday 5 January 2013

Amanat Haji Hadi undang perpecahan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) memandang serius Amanat Haji Hadi yang telah memecah belahkan umat Islam sehingga menyebabkan mereka gagal melihat ancaman lebih besar terhadap masa depan agama, bangsa dan negara.

Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kesan besar daripada amanat tersebut telah menyebabkan ahli masyarakat melakukan penghukuman murtad terhadap sesama individu muslim lain tanpa perlu merujuk kepada mahkamah mengikut prosedur yang sahih.

"Isma mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataan beliau dan membuat pembetulan yang perlu.

"Hal ini kerana kami bimbang kefahaman itu masih dipegang oleh pengikut tegar Pas sehingga mempengaruhi hubungan sesama Islam yang menyebabkan putus hubungan dan perpecahan tidak berkesudahan," katanya dalam sidang akhbar di Bangi dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment