My Add

Saturday 5 January 2013

Nik Aziz kecam forum Amanat Haji Hadi dibatal

KOTA BHARU, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengecam keputusan membatalkan rancangan mengadakan forum membincangkan Amanat Haji Hadi sambil mendakwa tindakan itu tidak demokratik dan membuktikan 'perangai hodoh' kerajaan yang lebih teruk daripada 'binatang'.

Beliau mendakwa, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah seorang ilmuwan agama setaraf 'mufti' yang seharusnya diberi peluang membuat penjelasan secara langsung dalam media elektronik.

Malah Nik Abdul Aziz berkata, Abdul Hadi sebagai pemimpin utama Pas sepatutnya dibenar bersemuka dengan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO dalam satu siaran langsung televisyen bagi membincangkan pelbagai isu berpandukan al-Quran dan sunnah.

Dakwa beliau lagi, kaedah bersaing memberikan penjelasan terutama dalam isu politik adalah perkara yang dituntut dalam Islam bagi membolehkan masyarakat membuat pilihan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment