My Add

Sunday 20 January 2013

Anak bersyukur ayah selamat

PULAU PINANG, SABTU, 19 Januari, 2013: Keluarga kepada K. Ravi, 48, salah seorang rakyat negara ini yang dijadikan tebusan oleh kumpulan militan di In Amenas, Algeria, Rabu lalu, melahirkan rasa syukur atas pembebasannya oleh kumpulan pengganas tersebut.

R. Sharmilaah, 18, berkata, dia dan keluarganya sangat bersyukur sebaik sahaja mendapat khabar menyatakan bapanya dan dua lagi rakyat negara ini terselamat.

“Lega sangat apabila mendapat tahu mengenai keadaan ayah di sana. Kami juga dapat menghubungi ayah dan dia memberitahu keadaannya di sana.

“Tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan apabila dapat mendengar suara ayah. Walaupun tidak dapat bercakap lama, sedikit sebanyak mengurangkan kerisauan kami," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sharmilaah dalam pada itu menambah, dia dan keluarga mengharapkan ayahnya yang baru dua bulan bekerja di Algeria kembali segera ke tanah air. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment