My Add

Sunday 20 January 2013

'Papa sempat sembunyi di bumbung'

Oleh ASHLEY ANGGAT dan FARHANA JONI

MIRI, SABTU, 19 Januari, 2013: "Papa selamat. Mama jangan risau. Papa sempat bersembunyi di bumbung bangunan ketika mendengar bunyi siren kecemasan."

Demikian perbualan telefon antara salah seorang rakyat Malaysia yang terselamat dalam kejadian culik oleh sekumpulan militan di In Amenas, Algeria, Patrick Purait Awang iaitu sehari selepas kejadian kepada isterinya.

Perbualan tersebut kemudian diceritakan semula oleh kakak mangsa, Susan Awang, 40-an, kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kanada View Garden di sini hari ini.

Menurut Susan, adik iparnya pada masa ini kurang sihat selepas mengetahui kejadian tersebut namun beransur pulih selepas mendengar suara Patrick melalui panggilan telefon semalam (Jumaat).

"Isteri Patrick tidak sihat dan tidak mahu diganggu tetapi keadaannya semakin baik selepas bercakap dengan adik saya semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment