My Add

Friday 25 January 2013

Assad buat penampilan di tempat awam

DAMSYIK, JUMAAT, 25 Januari, 2013: Televisyen kerajaan Syria semalam menyiarkan rakaman Presiden Bashar al-Assad hadir pada satu majlis memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW di sebuah masjid di daerah utara ibu negara ini.

Dalam siaran secara langsung itu, Assad dilihat berada di dalam Masjid Al-Afram bersama Mufti Syria yang juga merupakan pihak berkuasa agama tertinggi di negara ini.

Kali terakhir Assad muncul di khalayak ramai ialah pada 6 Januari lalu ketika menyampaikan ucapan kepada penyokongnya bahawa beliau tidak akan berundur khasnya bagi menamatkan konflik yang telah berlarutan sejak 22 bulan. - AFP

No comments:

Post a Comment