My Add

Friday 25 January 2013

Rakyat Britain diminta keluar dari Benghazi

LONDON, JUMAAT, 25 Januari, 2013: Pejabat Kementerian Luar Britain semalam menggesa rakyatnya yang tinggal di Benghazi, timur Libya supaya meninggalkan bandar itu serta merta ekoran terdapat `ancaman khusus’ kepada warganegara Barat di situ.

``Kami sedar akan ancaman yang khusus dan pasti ke atas warganegara Barat di Benghazi dan menggesa rakyat Britain yang berada di situ supaya meninggalkan bandar tersebut dengan segera.

``Bagaimanapun kami tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut berhubung jenis ancaman itu pada masa ini,’’ katanya dalam satu kenyataan. - AFP

No comments:

Post a Comment