My Add

Thursday 10 January 2013

Asteroid lebih besar dari jangkaan

PARIS, KHAMIS, 10 Januari, 2013:  Asteroid yang dipercayai menimbulkan amaran kecil untuk berlanggar dengan bumi abad ini adalah 20 peratus lebih besar daripada jangkaan awal banyak pihak.

Agensi Angkasa Eropah (ESA) dalam satu kenyataan berkata, teleskop Herschel telah mengimbas sebutir batu angkasa yang digelar 99942 Apophis minggu lalu ketika ia sedang menghala menuju ke bumi.

Bacaan diameter sebelum ini mengandaikan asteroid itu mempunyai diameter 270 meter adalah tidak benar kerana pemerhatian terbaru Herschel mendapati diameter batu angkasa itu adalah 325 meter. - AFP

No comments:

Post a Comment