My Add

Tuesday 15 January 2013

ATM harap dapat terus bantu pembangunan Afghanistan

*ZULKIFELI Mohd. Zin beramah mesra dengan anggota kumpulan wanita kedua Malaysia Company Lapan (MALCOY 8) ke Lubnan di Dewan Tanjung, Wisma Transit di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Januari, 2013: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berharap kerajaan akan meneruskan komitmen membantu pembangunan Afghanistan kerana negara yang pernah bergolak akibat peperangan itu masih memerlukan bantuan Malaysia.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, komitmen Malaysia menerusi ATM perlu kekal di sana untuk suatu tempoh lagi supaya dapat terus menyumbang kepada negara Islam tersebut.

Katanya, ATM telah banyak membantu pembangunan negara itu khususnya di wilayah Bamyan dan membuat pelbagai pelaburan terutama dalam sektor kesihatan untuk manfaat bersama.

"Bagaimanapun, perkara ini tertakluk kepada keputusan kerajaan. Apa pun, ATM mencadangkan seboleh-bolehnya kita kekal di sana seberapa lama yang mungkin. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan juga bersedia bersama dengan ATM membantu pembangunan di Afghanistan dan ini merupakan pendekatan yang baik - UTUSAN

No comments:

Post a Comment