My Add

Saturday 19 January 2013

Banjir di Johor, 1,180 penduduk dipindahkan

JOHOR BAHRU,  19 Januari, 2013: Seramai 1,180 penduduk dipindahkan ke lima pusat pemindahan berikutan banjir di Johor selepas hujan tidak berhenti sejak awal pagi ini.

Kawasan yang terlibat ialah Kampung Laut dan Kampung Sungai Tiram di Johor Baharu; Kampung Baru Sungai Mas di Penawar; Taman Aman, Taman Mawai di Johor Lama dan PPMS Kampung Batu, Teluk Ramunia di Kota Tinggi.

Mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu 10 dan Balairaya Batu 18 Sungai Tiram di Johor Baharu sertaDewan Kota Kecil, Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Dewan Kampung Baru PPMS Teluk Ramunia di Kota Tinggi.

Pegawai Daerah Kota Tinggi Ismail Karim berkata pihaknya sudah bersiap siaga berikutan makluman kemungkinan banjir di daerah itu oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Beliau berkata kebanyakan mangsa di daerah itu mula dipindahkan ke pusat pemindahan banjir pada 10 pagi.

"Tinjauan pukul 3 petang tadi mendapati air mulai surut, namun mangsa tidak dibenarkan pulang kerana masih hujan," katanya kepada pemberita.

Ismail menasihati orang ramai, khususnya penduduk di kawasan rendah, supaya berhati-hati dan bersiap sedia untuk berpindah sekiranya paras air terus naik di kawasan mereka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment