My Add

Saturday 19 January 2013

Himpunan Shamsidar: Mat Sabu beri keterangan

KUALA LUMPUR, SABTU, 19 Januari, 2013: Polis telah memanggil Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran beberapa syarat yang ditetapkan pihak berkuasa semasa Himpunan Shamsidar di ibu negara pada 12 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, Mohamad yang juga penganjur perhimpunan tersebut telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga menjangkakan kertas siasatan berhubung perhimpunan tersebut dapat disiapkan menjelang minggu depan.

“Keterangan Mohamad telah diambil tetapi buat masa ini kami masih belum boleh mendedahkan butir keterangan yang dapat direkodkan daripada beliau.

“Beliau selaku penganjur adalah individu yang perlu bertanggungjawab terhadap perhimpunan yang telah melanggar beberapa syarat ditetapkan polis," katanya ketika merasmikan program Kepolisan Masyarakat di Ampang di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment