Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 diagih Februari
KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 Januari, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan menerusi akaun Twitternya bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 akan mula diagihkan pada Februari ini.
Menurut Perdana Menteri, menerusi bantuan itu rakyat yang memerlukan akan terus dibantu.
"Seperti yang diumumkan dalam bajet 2013, BR1M 2.0 akan mula diagihkan Februari ini. Rakyat yang memerlukan akan terus dibantu," kata beliau menerusi laman Twitternya hari ini.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sebanyak tujuh juta orang akan mendapat manfaat daripada BR1M 2.0 tahun ini membabitkan peruntukan berjumlah RM3 bilion.
Tahun lalu, kerajaan mengagihkan BR1M kepada 4.1 juta isi rumah dan mereka masih layak menerima BR1M 2.0 tahun ini.
Pembayaran itu akan dibuat melalui Pejabat Daerah dan Pejabat Pegawai Pembangunan Zon di seluruh negara. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment