My Add

Tuesday 29 January 2013

MCA tawar ganjaran RM60,000

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 Januari, 2013: Biro Pengaduan Awam MCA menawarkan RM60,000 kepada individu yang dapat memberi maklumat berhubung punca kematian kanak-kanak malang, William Yau Zhen Zhong, 6, yang ditemui terapung di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang pada Khamis lalu.

Ganjaran wang tunai itu akan diberikan kepada mereka yang boleh memberi maklumat sekiranya kematian William berunsur jenayah.

Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, jika ada individu mampu menyalurkan maklumat hingga pembunuh kanak-kanak itu tertangkap dan disabitkan bersalah di mahkamah, wang ganjaran itu milik mereka.

Katanya, wang ganjaran itu hasil sumbangan enam individu prihatin yang telah mengeluarkan RM10,000 setiap seorang.

"Mereka itu adalah ahli perniagaan, Datuk Seri Tee Yam; rangkaian kedai serbaneka 24 jam KK Mart; ahli perniagaan, Datuk Dick Yong; dua individu yang mahu dikenali sebagai Datuk Yap dan Madam Lee serta Persatuan Kehormat Rela Malaysia," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment