My Add

Friday 25 January 2013

Bantuan sekolah: RM518.6 juta berjaya diagihkan

BATU PAHAT, JUMAAT, 24 Januari, 2013: Peruntukan keseluruhan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 yang telah diagihkan kepada semua sekolah termasuk sekolah swasta dan agama setakat ini berjumlah RM518.6 juta.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, walaupun kerajaan menyediakan sebanyak RM540 juta namun pengagihan hanya melibatkan 5.18 juta pelajar di seluruh negara termasuk 4.9 juta pelajar sekolah kerajaan.

Beliau berkata, bagaimanapun jumlah pengagihan tersebut akan meningkat sehingga bulan depan sekiranya terdapat sekolah agama negeri dan sekolah agama rakyat (SAR) membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan berkenaan.

"Cuma sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang tidak diberikan bantuan ini," katanya selepas menyampaikan bantuan berkenaan kepada seramai 1,104 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment