My Add

Friday 25 January 2013

Operasi mencari William Yau diperluas

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 25 Januari, 2013: Polis akan memperluaskan operasi menjejaki William Yau Zhen Zhong, 6, yang dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Height, Subang Jaya, 16 Januari lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata beliau telahpun mengarahkan Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah supaya memperluaskan usaha mencari kanak-kanak itu termasuk menyampaikan maklumat berkaitan di sempadan.

"Polis sendiri akan berusaha sedaya upaya kita dan tidak akan berhenti menjalankan operasi mencari meskipun kehilangan William Yau telah masuk seminggu lebih," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia dan majlis Pemakaian Pangkat Secara Medan di sini hari ini.

Mengenai penemuan mayat kanak-kanak lelaki yang tersangkut di tepi bot Jeti Pelabuhan Klang semalam, Ismail berkata proses Asid Deoksiribonukleik (DNA) akan dijalankan bagi mengenal pasti identiti mayat itu.

Mayat kanak-kanak lelaki berusia lingkungan enam tahun itu ditemui dalam keadaan hampir reput di tepi bot di Jeti Sungai Sireh berhampiran Flat Sri Perantau, Pelabuhan Klang kira-kira pukul 7.30 malam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment