My Add

Sunday 27 January 2013

Bapa dan menantu maut dirempuh kereta

KUALA PILAH, AHAD, 27 Januari, 2013: Dua beranak maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Kilometer 26, Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini malam tadi.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian pukul 12 tengah malam itu, mangsa, Abu Asan Hamid, 55, dan menantunya, Nurul Natrah Ghazali, 24, yang membonceng motosikal berkenaan maut di tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari Kuala Pilah menuju ke rumah mereka di Kampung Mampas Kechil, Terachi dekat sini.

“Motosikal mangsa dipercayai dirempuh sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah belakang menyebabkan dua beranak itu meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment