My Add

Sunday 27 January 2013

RM20 juta untuk pembangunan kenaf, tembakau

KOTA BHARU, AHAD, 27 Januari, 2013: Kerajaan mempuntukkan sebanyak RM20 juta pada tahun ini bagi memperkasakan industri kenaf dan tembakau negara.

Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Datuk Ahmad Loman berkata, peruntukkan tersebut akan diagihkan untuk pembangunan industri kenaf sebanyak RM17 juta manakala selebihnya untuk tembakau.

"Peruntukan sebanyak RM17 juta ini merangkumi peruntukan untuk aktiviti penanaman, pembangunan infrastruktur ladang dan memperkasakan organisasi berkaitan kenaf.

"Tiga tahun kita hadapi kekurangan fasiliti dalam pemprosesan kenaf, tahun ini kita diberi peruntukkan bagi menambah fasiliti berkaitan," katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan Maulidur Rasul di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment