My Add

Tuesday 29 January 2013

Bayi lelaki ditinggalkan di warung

Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL

SABAK BERNAM, SELASA, 29 Januari, 2013: Seorang peniaga warung yang hendak memulakan perniagaan terkejut selepas menemui bayi lelaki yang masih hidup ditinggalkan dalam beg pakaian di tepi meja makan warungnya di Parit 7, Sungai Leman, Sekinchan di sini pagi ini.

Bayi yang masih bertali pusat, dipercayai baru berusia seminggu dan berketurunan Melayu ditemui peniaga berkenaan, Khairuddin Hassan, 51, kira-kira pukul 7 pagi.

Menurut Khairuddin, bayi itu dalam keadaan sihat dan dibalut dengan kain batik ketika ditemui tidur dalam beg yang dizip separuh. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment