My Add

Friday, 11 January 2013

Berapa ramai calon Melayu DAP?

PULAU PINANG, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) yang mempunyai hubungan rapat dengan DAP hari ini tampil mencabar parti itu supaya mengemukakan bilangan calon Melayu yang akan bertanding atas tiket DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Presidennya, Rahmad Isahak berkata, melalui cara itu, ketelusan DAP yang sering melaungkan slogan demokrasi dalam parti akan dapat dibuktikan dan tidak sekadar slogan kosong semata-mata.

"KMPP tidak mahu DAP bersikap hanya manis di bibir tapi hati lain bicara.

"KMPP dengan lantang mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan supaya meletakkan sekurang-kurangnya tiga calon Melayu untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala seorang lagi bertanding di Parlimen," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment