My Add

Tuesday 1 January 2013

Berpuluh-puluh mayat ada kesan seksaan

*MAYAT seorang kanak-kanak yang dibunuh bersama dua lagi yang lain di daerah Jubar, Damsyik disiarkan di internet semalam

BEIRUT, ISNIN, 31 Disember, 2012: Berpuluh-puluh mayat dipercayai diseksa ditemui di daerah Barzeh di Damsyik semalam, antara insiden paling kejam sejak konflik di Syria 21 bulan lalu, lapor kumpulan aktivis Pemerhati Hak Asasi Syria.

Laporan kumpulan itu disiarkan ketika satu rakaman video mengerikan tersebar di internet membabitkan tiga kanak-kanak yang terbunuh selepas leher mereka dikelar.

“Tiga puluh mayat ditemui di daerah Barzeh. Ada bukti mereka diseksa dan sehingga kini tiada mayat dapat dikenal pasti,” kata seorang jurucakap kumpulan itu.

Beliau menganggarkan ada kira-kira 50 mayat ditemui dicencang dan kepala mereka dipenggal sehingga sukar dikenali.

Rakaman video yang disiarkan di internet menunjukkan tiga kanak-kanak lelaki dengan tangan terikat dan leher mereka dikelar. Mayat mereka ditemui di daerah Jubar, Isnin lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment