My Add

Tuesday, 1 January 2013

Mogok lapar tapi jamah makanan

*BEBERAPA individu didakwa peserta mogok lapar dilihat
menjamah makananyang diberikan kepada mereka, di Dataran
Merdeka, semalam.


*SEORANG lelaki didakwa peserta mogok lapar begitu berselera menikmati makanan di Dataran Merdeka, semalam

.KUALA LUMPUR, ISNIN, 31 Disember, 2012: Mogok lapar yang kononnya 100 jam yang disertai oleh penyokong pembangkang di Dataran Merdeka yang sepatutnya berakhir malam tadi menimbulkan persoalan.

Ia kerana beberapa pesertanya dilihat makan termasuk di restoran dan hotel sekitar kawasan berkenaan dipercayai tidak tahan lapar.

Beberapa blog turut menyiarkan gambar peserta mogok lapar itu sedang menjamu selera, semalam.  

Malah ada kalangan mereka menerima bungkusan makanan dipercayai dihantar oleh penganjur himpunan berkenaan yang meletakkan syarat peserta hanya dibenarkan minum air sepanjang mogok berlangsung.

Sebuah blog juga berjaya mengesan perbuatan ‘mencuri makan’ peserta mogok lapar itu ketika bantahan yang bermula jam 8 malam Khamis lalu baru saja memasuki jam ke-63.  BH

No comments:

Post a Comment