My Add

Thursday 17 January 2013

BN beri khidmat bakti jauh lebih baik jika diberi mandat perintah Selangor

SHAH ALAM, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) mahu mengambil alih semula pemerintahan di Selangor pada pilihan raya umum akan datang kerana ingin memberikan khidmat bakti yang jauh lebih baik daripada pentadbiran sekarang.

"BN jika diberi peluang dan mandat oleh rakyat Selangor nanti, kita akan melakukan usaha-usaha yang lebih baik, bersungguh-sungguh untuk kita mewujudkan pentadbiran yang dapat memenuhi aspirasi, kehendak dan jangkaan rakyat Selangor," katanya ketika ke udara secara langsung di SelangorBN.fm semasa melancarkan siaran radio itu di Bangunan UMNO Selangor di sini, hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN Selangor dan Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, sejak kebelakangan ini timbul banyak masalah di Selangor terutamanya berkaitan dengan janji pilihan raya umum 2008 yang tidak ditunaikan.

"Maknanya mereka mungkir janji, saya pantang orang mungkir janji. Saya percaya rakyat Selangor pun bersikap demikian sebab kita rasa macam kita ni kena tipu.

"Saya tak suka kalau orang tipu saya...saya tak tahulah orang lain tapi saya percaya kita semua bersikap bahawa kalau dengan manusia ni kita kena pegang pada janji," katanya ketika diwawancara juruhebah Kavimani Muthayam @ Kavi selama kira-kira sembilan minit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment