My Add

Thursday 17 January 2013

Wisma Putra sahkan dua rakyat Malaysia tebusan di Algeria

KUALA LUMPUR. KHAMIS, 17 Januari, 2013: Kementerian Luar mengesahkan dua warga negara Malaysia adalah antara yang dijadikan tebusan oleh kumpulan pengganas di lapangan kemudahan gas di Algeria, hari ini.

Wisma Putra berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa pihaknya dimaklumkan bahawa kedua-dua mereka adalah pekerja di lapangan gas apabila mereka ditawan oleh pengganas dalam serangan semalam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah menghubungi ahli keluarga mereka dan ketika ini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Algeria. - BH

No comments:

Post a Comment