My Add

Monday 28 January 2013

BN Pulau Pinang sedia timbang permohonan bina eskalator di kuil

PULAU PINANG, AHAD, 27 Januari, 2013: Barisan Nasional (BN) negeri sedang mempertimbangkan dengan serius permohonan penganut Hindu yang meminta dibina eskalator di Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthabani dekat sini, untuk kemudahan mereka.

Pengerusinya, Teng Chang Yeow berkata, beliau secara peribadi berpendapat sudah tiba masanya kuil berkenaan yang terletak di atas bukit mempunyai kemudahan tersebut seperti yang terdapat di Batu Caves, Selangor.

"Sekiranya dibina eskalator, ia akan memudahkan warga tua, kanak-kanak dan golongan orang kurang upaya (OKU) ke sana terutamanya ketika sambutan Thaipusam yang sesak teruk.

"Bagaimanapun, kita sedang meneliti perkara ini kerana merupakan idea yang bagus," katanya selepas menghadiri program tinjauan mesra BN sempena Thaipusam di sini hari ini. - UTUSAN...

No comments:

Post a Comment