My Add

Monday 28 January 2013

Geng Zawa dipenjara 30 bulan, tiga sebatan


*JUHAN Mat Jusoh dijatuhi hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan atas kesalahan miliki dadah di Mahkamah Majistret, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU, AHAD, 27 Januari, 2013: Seorang ahli Geng Zawa, Juhari Mat Jusoh, 23, dijatuhi hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 6.14 gram.

Tertuduh yang dihadapkan di hadapan Majistret Mohd. Isa Mohamed, didakwa melakukan kesalahan itu ketika ditahan polis pada 15 Oktober tahun lalu, kira-kira pukul 9.25 malam di Jalan Sultan Yahya Petra di sini.

Juhari yang mengaku bersalah didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tangkapan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment