My Add

Monday 14 January 2013

BN yakin tawan semula Pulau Pinang - Ahmad Maslan

Bilik gerakan PDM BN operasi mulai 1 Februari

 TASEK GELUGOR, AHAD, 13 Januari, 2013: Barisan Nasional (BN) yakin dapat menawan semula negeri yang kini ditadbir pembangkang termasuk Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, keyakinan itu bersandarkan kejayaan pelbagai inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN.

"Dulu kalah di pelbagai tempat sebab ada tsunami politik. Sekarang ini telah dihentikan Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin (Yassin) dan seluruh pasukan dengan pelbagai produk 1Malaysia yang ada 20 jenama untuk semua kumpulan.

"Kita ada NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara), NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara), pelbagai program transformasi seperti transformasi kerajaan, ekonomi, luar bandar, politik dan digital. Program turun padang, tinjauan mesra... semuanya ini amat digemari oleh rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Focus Group Youth Sports Challenge di sini hari inI.

 Ahmad Maslan
Semasa bercakap kepada pemberita selepas melawat PDM Permatang Damar Laut, hari ini.
Ahma mengingatkan semua jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) membuka bilik
gerakan operasi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing selewat-lewatnya 1 Februari ini.

Beliau berkata, Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan arahan itu pada minggu lepas.

"Bilik gerakan pusat daerah mengundi hendaklah dibuka pada 1 Februari ini. Itu arahan terbaru daripada pucuk pimpinan parti. Kalau yang belum ada bilik
gerakan hendaklah mencari bilik gerakan.

"Kalau selama ini bilik gerakan itu menyewa sebuah kedai di satu jalan, sewalah. Kalau bilik gerakan itu di balai raya yang tertentu yang menjadi pusat
kegiatan parti selama ini maka di situlah. Yang pentingnya bilik gerakan itu mula beroperasi pada 1 Februari 2013," katanya kepada pemberita selepas melawat PDM Permatang Damar Laut, dekat sini hari ini.

Beliau berkata bilik gerakan itu berperanan sebagai pusat jentera parti untuk beroperasi menjelang pilihan raya umum ke-13.

Katanya, terdapat 7,531 PDM di seluruh negara dan beliau akan melawat setiap bilik gerakan operasi PDM dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerima 700 borang permohonan keahlian baru Parti Progresif Penduduk (PPP) bagi penduduk Batu Kawan.

Beliau yang mengalu-alukan perkara itu berkata permohonan itu menunjukkan tanda sokongan masyarakat terhadap BN yang semakin meningkat sekaligus menambah keyakinan parti itu mampu menawan semula Pulau Pinang.

"Ini juga satu petanda bagaimana Barisan Nasional semakin mendapat sokongan. Setiap hari kita menerima orang masuk anggota Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP...ini satu petanda yang amat baik," katanya. -  BERNAMA.

No comments:

Post a Comment